Rakan-rakan yang dihormati,
Beberapa hari yang lalu, sekumpulan rakan-rakan bertemu dan dalam perbualan mengenai kejadian-kejadian yang berlaku di Malaysia dalam masa satu tahun ini, mereka mendapat idea : Apa kata jika pada Hari Malaysia kita semua berpuasa untuk keamanan negara kita? Idea itu berkembang menjadi suatu rancangan dan sekarang, ianya berubah menjadi suatu seruan seluruh negara untuk bertindak.
“Berpuasa untuk Negara, Keamanan untuk Malaysia 2009” adalah jawapan kami bagi seruan ini. Sila baca kenyataan di bawah dan sertai kami:
Malaysia adalah negara yang aman dan mesti kekal sebegitu buat selamanya. Perbuatan ganas dan hasutan kebencian tiada ruang di dalam kehidupan awam kita.
Malangnya, terlalu banyak kekejaman dan ketidakadilan telah berlaku semenjak harijadi negara yang lepas.
Adalah senang untuk menjadi kecewa atau berdendam. Marilah kita menukar perasaan marah dan sedih kita kepada satu kuasa positif untuk perubahan.
Pada 16 September nanti, marilah kita berpadu usaha memberi hadiah yang bermakna untuk Malaysia pada harijadinya yang ke 46.
Marilah kita bersatu dalam satu tindakan. Marilah kita semua berpuasa dari waktu fajar hingga senja untuk keamanan bagi negara yang bertuah ini. Orang Muslim di antara kita akan berpuasa dengan ibadah yang khusus untuk keamanan bagi negara. Penganut agama Bahai, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Tao, dan pengikut ajaran-ajaran tradisi kerohanian yang lain dan para ateis di anata kita berpuasa dalam semangat solidariti dan kesungguhan yang sama untuk keamanan.
Semoga pengalaman kita yang sama dalam berlapar dan perasaan kemanusiaan yang rendah diri, menjadi kekuatan dan menyatukan kita semua.
Semoga kita dapat memberikan suatu senyuman yang ramah kepada mereka yang kita kenali dan terutamanya kepada mereka yang tidak dikenali.
Marilah kita melakukan satu tambahan amal baik semasa berpuasa pada Hari Malaysia ini.
Marilah kita menunjukkan kasih sayang dan belas ihsan terhadap satu sama lain.
Marilah kita jadikan Malaysia sebagai satu negara yang lebih baik pada harijadinya yang ke 46 dan setiap hari akan datang.
Semoga Malaysia menjadi lebih bahagia dan aman paada 16 September ini.
Dengan itu kita berpuasa.
…......untuk mewujudkan ruang bagi keadilan dan keamanan!
Apa yang anda boleh lakukan dan bagaimana menyertai kami?:
- Mendaftar – untuk menyertai puasa pada 16 Sept, 2009 hantarkan e-mel kepada: peace4malaysia09@gmail.com ; atau SMS ke 016-9707966; atau beri komen pada http://peace4malaysia.blogspot.com/ (sila berikan umur dan lokasi, jika mahu).
- atau tandatangani petisyen pada http://www.petitionspot.com/petitions/peace4msia/
- Hantarkan e-mel ini kepada kumpulan rakan-rakan, keluarga dan rakan-kerja. Dapatkan juga rakan-rakan dan keluarga yang berada di luar kawasan Lembah Kelang untuk mendaftar.
- Berbuka puasa (atau bersahur) bersama-sama di mana jua anda berada dan hantarkan gambar dan kapsyen ke: peace4malaysia09@gmail.com
Disertakan di bawah ini syor-syor garispanduan yang boleh anda ubahsuai mengikut keinginan anda, situasi medikal dan faktor-faktor lain:
- Dapatkan kumpulan seramai 3 orang atau lebih.
- Berkumpul untuk makan sahur sebelum fajar (iaitu sebelum 5.35am bagi Muslim*). Sebaik-baiknya hidangan itu adalah 'vegetarian' yang sesuai buat semua.
- Jalani tugas harian anda seperti biasa.
- Senyum dan lakukan satu perbuatan baikhati tambahan kepada orang-orang di keliling dan yang jauh.
- Kongsi bersama mesej keamanan bersama dengan mereka yang ingin tahu.
- Berbuka puasa bersama-sama selepas senja (seperti pada 7.15pm bagi Muslim*). Sebaik-baiknya hidangan itu adalah 'vegetarian' yang sesuai buat semua.
- Kongsi bersama pengalaman, perasaan dan fikiran anda pada peristiwa berpuasa kebangsaan bersama lebih ramai orang, dalam apa cara jua.
. Berkomplot bersama rakan-rakan untuk kebaikan,
Sivin Kit
Bagi pihak
“Berpuasa untuk Negara, Keamanan untuk Malaysia 2009” Core Group
No comments:
Post a Comment